OIC

Image result for LOGO OIC

LOGO OIC

  Selepas tanah melayu merdeka,Malaysia telah menyusun pelbagai startegi untuk memajukan negara lain dalam pelbagai sektor yang boleh mencapai matlamat negara dan di pandang homat oleh semua negara di dunia ini.Malaysia telah menyertai pelbagai pertubuhan demi kepentingan negara sendiri kerana apabila kita menjalinkan hubungan dengan pelbagai negara perkara itu akan membantu kita secara langsung atau tidak langsung.Sebagai contoh salah satu persatuan yang Malaysia sertai ialah Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) atau mungkin dikenali sebagai Organisation Of Islamic Conference.OIC ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.Pejabat OIC terletak di Jeddah,Arab Saudimereka menggunakan bahasa rasmi iaitu Arab,Inggeris dan Perancis.Ahli yang terdapat dalam OIC iaitu gabungan 57 negara.Ahli negra-negara tersebut ialah ahli islam disluruh negara dan kebanyakkannya dari negara Timur Tengah dari Afrika Utara,Caucasus,Asia Tenggara,Asia Tengah,Balkan dab Asia Selatan serta terdapat 5 negara pemerhati.Disamping itu,negara-negara itu telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan secara tidak langsung untuk melindungi mereka dan memastikan kemajuandan kebajikan umat islam di seluruh dunia.Selain itu,maklumat tambahan juga mengatakan pada 28 Jun 2011,OIC telah menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.Matlamat OIC ialah untuk mewujudkan hubungan erat antara ahli negara-negara islam serta kerjasama dalam pelbagai bidang seperti sosial,ekonomi,sains dan teknologi,pendidikan dan sebagainya.Perkara ini bertujuan untuk menghapuskan perbezaan kastal dn diskriminasi dan menentang kolonial dalam semua bentuk dan untuk menyokong semua,mempertahankan maruah,kebebasan dan hak negara serta bagi mengelakkan jurang perbezaan budaya dunia.Malaysia ialah negara pengasas OIC yang melibatkan diri secara aktif dalam segala aktiviti.Selain itu,sentiasa prihatin dengan isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada negara islam dan umat di seluruh dunia.Perkara diatas sangat sejajar dengan dasar kerajaan yang memberikan keutamaan terhadap penglibatan Malaysia dalam hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan ummah.Seterusnya,Malaysia sebuah negara yang sentiasa mengambil tahu tentang pembangunan OIC seperti Penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara islam.Malaysia juga mempunyai peranan tersendiri dalam OIC iaitu mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan,menyokong perjuangan rakyat Palestin,mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegorina serta membangunkan ekonomi dan social Afrika iaitu dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan di negara itu.Selain itu,cara untuk membantu juga Malaysia membuat pelaburan dalam industry minyak dan gas di beberapa buah negara OIC seperti di Iran supaya mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam,Malaysia telah meganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran (pertandingan membaca al-Quran) pada setiap tahun.Terdapat program lain iaitu Minda UI Islam sebagai langkah untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia.Hal ini berlaku disebabkan Malaysia bergiat aktif dalam pembangunan OIC telah diberi kepercayaan untuk menubuhkan dan menerajui The Eminent Person Group yang bertujuan menyediakan pelan tindakan bagi membolehkan umat islam menghadapi cabaran abad ke-21.Bukan itu sahaja Malaysia telah menyediakan pelan komprehensif bagi mempromosi secara menyeluruh tentang polisi dan program perpaduan ummah,terutamaya hal-hal yang berkaitan dengan usaha mempromosikan kesederhanaan Islam.Terdapat empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan bagi melaksanakan tindakan susulan Deklarasi Putrajaya iaitu mengenai perdagangan dan pelabura,sains dan teknologi serta pendidikan dan penerangan melalui jawatankuasa itu pelbagai aktiviti yang bersesuaian dapat dilaksanakan utuk meningkatkan keupayaan negara-negara Islam dan seluruh umatnya.Sebuah mesyuarat khas pada peringkat menteri luar OIC mengenai Timur Tengah pada April 2004 bertujuan untuk membincangkan masalah di Palestin dan Iraq,usaha itu telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda Timur Tengah.Persidangan yang kesepuluh diadakan pada 16 dan 17 Oktober di PICC,Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke 5 Tun Abdullah Ahmad Badawi.Walau bagaimanapun Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa negara-negara anggota OIC perlu menentukan apa-apa yang hendak dilakukan bagi membebaskan ummah daripada belegu kemiskinan ilmu pengetahuan,harta dan sebagainya beliau juga menggariskan Sembilan tindakan yang sagat perlu dilaksanakan seperti yang berikut:

 a)Usaha memupuk perpaduan yang berturusan dalam kalangan negara anggota serta rakyatnya iaitu memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan dan bukannya hal-hal yang boleh menjejaskan perpaduan.

 b)Perlu melaksankan langkah-langkah untuk membina keupayan bagi membolehkan semua orang,terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya.

 c)Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrik dan inovatif.

 d)Mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan negara anggota secara seruis sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak kea rah arus perdana ekonomi global

 e)Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam usaha memerangi rasuah,memupuk urus tadbir yang baik,peningkatan ketulusan dan akuantabiliti.

 f)Bersungguh-sungguh meyakinkan dunia bahawa Islam ialah agama yang toleran,mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.

  Sebagai contoh peristiwa yang dibincangkan iaitu tentang pembakaran Masjidi Al-Ansar di Baitulmaqdis yang menjadi kiblat pertama umat Islam.Langkah seterusnya ialah mesyuarat telah disediakan di Rabat pada 8 dan 9 September yang dihadiri tujuh negara termasuk Malaysia yang bersetuju untuk mencadangkan siding kemuncak Islam di Rabat kepada Ketua Negara dan kerajaan Islam.Selain itu,Raja Hassan II Maghribi dan Perdana Menteri Malaysia iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menghantar 25 jemputan kepada 25 negara itu.Terdapat beberapa siding kemuncak yang berikutnya:

1.Lahore Pakistan (1972)
2.Makkah Taif,Arab Saudi (1981)
3.Casablanca,Maghribi (1984)
4.Dakar,Senegal (1991)
5.Casablanca,Maghribi (1994)
6.Te Heran Iran (1997)
7.Doha Qatar (2000)
9.Putrajaya,Malaysia (2003)

 Terdapat pelbagai isu-isu dan kontroversi yang terjadi kesatuan parlimen negara-negara OIC (PUOICM) ditubuhkan.

Comments

Popular posts from this blog

NAM