ASEAN

Image result for LOGO ASEAN

LOGO ASEAN

  ASEAN merupakan sebuah persatuan negara-negara Asia Tenggara atau Association Of Southeart Asian Nations yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok.ASEAN Nations yang mengukuhkan kerjasam serantau.Untuk menandatangi pertubuhan itu wakil dari setiap negara yang menjadi anggota ASEAN perlu datang ke Bangkok untuk menandatangani deklarasi penubuhan ASEAN.Disamping itu pada permulaan penubuhan ASEAN hanya 3 negara sahaja yang meyertai iaitu Malaysia,Indonesia,Filipina dan Singapura.Selepas beberapa kejadian berlaku terdapat negara yang bersutuju untuk menyertai ASEAN iaitu Brunei,Vietnam luas,Myammar dan Kemboja.Perkara tersebut telah memenuhi misi ASEAN yang berjaya membina negara-negara itu ke era zaman lebih canggih dan maju dari segu sosio-ekonomi,politik dan keselamatan serantau.Malaysia juga mempunyai tujuan selain daripada menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN iaitu membina hubungan perdagangan dan perindustrian,pendidikan dan keselamatan serta kepentingan sosial.Sebagai contoh cabaran terbesar ASEAN ialah apabila kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pada tahun 1975 dan diikuti dengan pencerobohan terhadap Kemboja pada tahun 1978 sebagai ASEAN mereka perlu menangani masalah ini agar matlamat mereka tercapai.Langkah penyelesaian yang diambil oleh pihak ASEAN ialah menghasilkan dua dokumen yang berkaitan tentang perjanjian persahabatan dan kerjasama di Asia Tenggara serta deklarasi kerukunan ASEAN.Perkara ini untuk membendung ancaman komunis,campur tangan komunis,campur tangan kuasa-kuasa luar.Selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri.Selain itu,ASEAN juga mewujudkan kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN,ARF dan keselamatan serantau yang menyebabkan negara ASEAN selamat daripada sebarang campu tangan hak oleh negara dunia pertama.
   Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti yang berikut:
a)Saling menghormati kemerdekaan,ketuanan,kesamaan,intergriti negaradan identity nasional semua negara.

b)Memberi hak kepada setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas campur tangan,sebversif atau paksaan(coercion)

c)Melakukan perbincangan dan penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.

d)Menolak sebarang penggunaan ketenteraan sekiranya terdapat persengkatan.

e)Melakukan kerjasama efektif antara negara anggota

 
   Matlamat utama penubuhan ASEAN:
a)Mempercepat pertumbuhan ekonomi,kemajuan social dan pembangunan kebudayaan di rantau Asian Tenggara.

b)Menggalakkan keamanan dan politik di rantau Asia Tenggara dengan mematuhi prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

c)Meningkatkan kerjasama dan bantuan anatara anggota ASEAN dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelidikkan.

d)Meningkatkan taraf hidup rakyat negara ASEAN dalam pelbagai bidang termasuk latihan dan penyelikkan.

e)Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota melalui kerjasama dalam sector pertanian dan perdagangan.

f)Mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa lain.

  Pelbagai bidang yang berjaya mendapat persutujuan daripada anggota negara ASEAN.Bidang yang pertama ialah keselamtan iaitu menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Free Zone(SEANWFZ),supaya rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear.Negara ASEAN juga bersetuju menerima konsep Zon Aman,Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) iaitu bebas daripada peraingan kuasa besar.Seterusnya bidang yang kedua iaitu pendidikan ASEAN telah menubuhkan Persidangan Meteri-Menteri Pendidikan ASEAN (SEAMEO) iaitu Perkongsian Kepekaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari negara anggota.Disamping itu,bidang yang ketiga pula kebudayaan tentang telekominukasi dan kesenian,pelbagai kerjaam telah dilaksanakan sebagai contoh Sukan Sea,Pesta Filem ASEAN,Pesta Kebudayaan ASEAN,pertukaran berita dan penyiaran TV atau Radio antara RTM dengan TVR1 dan RTB.Akhir sekali,bidang ekonomi,penyelidikan dan perubatan pula merangkumi penubuhan Majlis Perbankan ASEAN CASEAN BANKING COUNCIL,pelaksanaan projek-projek perindustrian seperti projek baja ure,projek vaksin Hepatitis B,denggi dan Coxsakie B.Terdapat maklumat tambahan yang ingin kami kongsikan iaitu pada tahun 2015 Malaysia merupakan Pengurusi ASEAN.

Comments

Popular posts from this blog

NAM

OIC