KOMANWEL

Image result for logo komanwel

Logo Komanwel

Pertubuhan negara-negara bekas jajahan British atau lebih dikenali sebagai KOMANWEL merupakan persatuan negara-negara berdaulat yang dulunya pernah dijajah oleh British.Ibu pejabat di London,United Kindom terdapat 52 negara ahli yang menyertai.Selain itu,Ratu Elizabeth II sebagai ketua KOMANWEL,setiausaha agungnya pula ialah Kamalesh Sharma dari negara India.KOMANWEL telah ditubuhkan pada tahun 1926.Untuk pengetahuan anda semua bukan semua ahlinya mengiktirafkan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.Hanya negara-negara yang mengangkatnya sebagai ketua negara termasuk dalam Alam Komanwel atau “COMMONUEALTH REALM”.Disamping itu,terdapat majority ahli-ahli persatuan ini bersifat republic,sebahagiannya pula bersifat system beraja yang terdiri daripada Malaysia,Brunei dan Tonga namun semua ahli tetap menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

KOMANWEL ialah lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidang Imperial pada akhir 1920-an.Komanwel ditubuhkan dengan bertujuan untuk menyatukan negar-negara bekas jajahan British selepas negara-negara tersebut mencapai kemerdekaan negara mereka.

Terdapat pelbagai peranan pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British (KOMANWEL) iaitu mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota serta membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan kerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.Selain itu,dapat menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.Seterusnya,pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.Justeru Komanwel beri kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.

Komanwel telah memberi faedah kepada Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara Bekas Jajahan British seperti kerjasama pertahanan,perdagangan,pembangunan sains dan teknologi,pertanian,pendidikan,kewangan dan sebagainya.Faedah yang Malaysia dapat dalam bidang pertahanan ialah mendapat beberapa bantuan ketenteraan,khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.Seterusnya,Malaysia telah mengadakan latihan ketenteraan bersama-sama dengan beberapa Negara Komanwel.Sebagai contoh pemberian status skim keutamaan AM(GSP) bagi barangan Malaysia.Melalui skim ini.cukai bagi barangan Malaysia akan dikurangkan dan secara tidak langsung akan meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan negara lain di pasaran luar.






Peranan Malaysia dalam Malaysia adalah seperti yang berikut:

1.Menekankan serta membangkitkan isu-isu ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dalam kalangan negara anggota.

2.Bekerjasama dalam bidang pertahanan,perusahaan,pertanian,pendidikan dan perdagangan serta membantu membangunkan sosioekonomi negar-negara anggota.

3.Membangkitkan isu kemanusiaan termasuk isu hak asasi manusia seperti mengecam amalan dasar Apartied di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum dengan membezakan penduduk berdasarkan warna kulit.


Ketua-ketua negara Komanwel juga telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan kerjasama negara anggota seperti yang berikut:

1.Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar

2.Pengurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang membangun.

3.Pengurusan pencemaran laut

4.Cara menagatasi masalah penipisan lapisan ozon.

Comments

Popular posts from this blog

NAM

OIC