PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco,California pada 24 oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Pertubuhan ini menawarkan keahlian secara terbuka kepada semua negara di dunia ini. Terdapat matlamat-matlamat utama yang telah dinyatakan dalam piagam PBB untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. Selain itu, terdapat sebab mengapa PBB di tubuhkan iaitu untuk menggantikan Liga Bangsa Bangsa yang telah di bubarkan setelah mereka gagal menghalang Perang Dunia II. Pada permulaan PBB ialah mereka mempunyai ibu pejabat di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merukan ibu pejabat sejak 1946.
Selain itu, PBB juga mepuunyai bahasa rasmi yang tersendiri iantu bahasa Arab,Cina,Inggeris,Perancis,Rusia, dan Sepanyol. Seterusnya mereka juga mempunyai bahasa kerja yang digunakan di Perhimpunan Agung ialah Inggeris,Perancis, dan Sepanyol tetapi dalam Majlis Keselamatan PBB terhad pada dua bahasa sahaja iaitu bahasa Inggeris dan Perancis.
Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa adalah seperti yang berikut:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
·         untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia.
·         untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil.
·         untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan.
·         untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas.
TUJUAN PBB
·         akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik.
·         akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
·         akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum.
·         akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia.
MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGGABUNGKAN USAHA KAMI SUPAYA DAPAT MENCAPAI MATLAMAT INI.
Piagam PBB mengguntukan enam alat yang utama iaitu:
·         Perhimpuan Agung
·         Majlis Keselamatan
·         Majlis Ekonomi dan Sosial
·         Majlis Peramanahan
·         Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICT)
·         Sekretariat
Di samping itu, terdapat kegiatan-kegiatan PBB dalam 7 bidang yang utama iaitu:
·         Persidangan Antarabangsa.
·         Tahun-Tahun Antarabangsa dan yang berkaitan.
·         Kawalan dan Pelucutan Senjata.
·         Penjagaan Keamanan.
·         Hak Asasi Manusia.
·         Bantuan Kenanusiaan dan Perkembangan Antarabangsa.
·         Persetiaan dan Undang-undang Antarabangsa.


Kritikan dan Perbalahan
·         Membuat reformasi pada PBB.
·         Kegagalan dalam isu-isu keselamatan.
·         Penganiayaan seks oleh pengaman-pengaman.
·         Keahlian jawatankuasa
·         Skandal minyak untuk makanan

Senarai Badan PBB yang lain:
-          Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya iaitu:

2.     Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
6.     Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
8.     Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
Agensi-agensi sementara termasuk:
1.     Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
2.     Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
3.     Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)
Di samping itu,terdapat strategi yang di gunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah diggarisakn iaitu:

·         Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota.
·         Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
·         Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
·         Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan  Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  OrangOrang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa  Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
·         Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
·         Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara.
     
        Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB.  

Matlamat penubuhan PBB adalah seperti yang berikut:
a)      Bagi menjamin, menjaga mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.
b)      Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
c)      Bekerjasama dalam meyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungan hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit.
d)     Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan-tindakan negara anggota (menyelesaikan perselisihan dan tindakan politik).
e)      Menyatukpadukan penduduk dunia.

Malaysia pernah menjadi wakil tidak tetap dalam PBB pada tahun 1965, 1989-1990 dan 1999-2000 dan pada 16 Oktober 2014. Malaysia mepunyai peranan iaitu menbuat keputusan dia Majlis Keselamatan PBB sangat besar seperti campur tangan ketenteraan Iraq ke atas Kuwait pada tahun 1990 dan Perang Kosovo pada tahun 1998-1999.Seterusnya Malaysia juga sangat bergiat dalam memperjuangkan bnayak isu, misalnya isu senjata pemusnah dan nuklear, pembanguan mapan dan seimbang serta isu kemanusiaan, khasnya nasib penduduk Palestin.

Malaysia menghadapi pelbagai cabaran sebagai wakil tidak tetap sangat besar adalah seperti yang berikut:
Lima peranan Malaysia dalam Majlis Keselamatan PBB:

a)      Mempromosikan nilai kesederhanaan (moderasi) pada peringkat global.
b)      Mendesak pengguanaan kaedah perantara berbanding dengan ketenteraan dalam penyelesaian konflik.
c)      Mendokong operasi pengaman secara berterusan.

d)     Meneruskan perundingan dalam usaha memperbaharui Majlis Keselamatan PBB secara menyeluruh.

Comments

Popular posts from this blog

NAM

OIC